Popular Posts

Friday, May 20, 2011

karangan bm..

smlm pekse bm..
 buat krngn..haish...
taram jeee...
nk bace krngn die camne?


 camni... *kalau boring sile baring..
 tajuk die : ekspedisi di hutan taman negara


     Pada hari selasa yg lps, saya dan kawan-kawan saya iaitu adeen, anas, aina, pauline dan aiman pergi ke ekspedisi di hutan taman negara. Kami bertolak pada pukul 8 pg dan sampai di sana pada pukul 9 pagi. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Sebelum memulakan pengembaraan, kami pergi mengisi perut dahulu di kedai makan yg terdekat kerana kami tidak mengambil sarapan tadi. Setelah kenyang mengisi perut kami pun memulakan pengembaraan kami di hutan taman negara.


    Kami berjalan secara berkumpulan. Semasa sedang mengembara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami bersetuju untuk berehat sebentar sementara menunggu hujan berhenti tetapi pauline dan aiman tidak mahu, mereka tetap ingin meneruskan perjalanan. Kami telah cuba untuk menghalang mereka tetapi mereka tetap berdegil.


    Suasana ketika itu sunyi sepi. Setelah 30 minit berlalu hujan pun berhenti. Kami pun meneruskan ekspedisi.
Pemandangan di situ sangat indah. Terdapat banyak flora yang cantik-cantik. Kami pun bergambar di situ. Selepas itu kami meneruskankan lagi perjalanan. Kami pun tiba di kawasan air terjun. Kami telah membuat keputusan untuk berhenti di situ dahulu memandangkan hari sudah mulai senja. Kami pun mendirikan khemah di situ lalu pergi  membersihkan diri di sungai. Kami sangat risau akan pauline dan aiman kerana hingga searang batang hidung mereka tidak terlihat.


   Setelah selesai membersihkan diri, kami pun menyediakan hidangan makan malam bersama-sama. Adeen ditugaskan untuk menanak nasi tetapi apakan daya nasi yg ditanaknya hangus. Kami terpaksa mengisi perut yg lapar ini dengan mi segera sahaja. Setelah selesai makan malam, kami pun tidur di dalam khemah yg telah didirikan.


     Kami bangun pada pukul 6 pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat. kami pun mengemas barang- barang kami dan membersihkan diri. Kami meneruskan ekspedisi kami. Udara di hutan itu sangat nyaman dan suasana di situ sangat tenteram.Kami pun mengakhiri ekspedisi kami di situ.


    Sehingga sekarang kami tidak pun berjumpa dengan Pauline dan Aiman. Kami sangat risau lalu pergi membuat laporan polis di balai polis yang terdekat. Setelah beberapa hari berlalu, polis telah menjumpai mayat mereka berdua di dalam hutan itu. Kami sangat sedih akan berita itu.





tp kalau aq t'ingt yg hutan taman negara ni ade jambatan yg panjg ni...msti aq dh buat...haish..rugi2....
*yg ni aq dh edit sikit..yg original nye ayat tunggang langgang sbb dh lmbt gile...lg 15 minit je tinggal bahagian D ngn B aq x siap lagi..panik gile2..


aq harap aq dpt markah yg O.K. ...asal x teruk..doakan aq dpt A tau penulisan ni..
hehehe


bye...assalamualaikum..


korang rase aq siap x bhgian B  ngn D tu...herm..fikir2 kn lah..

No comments:

Post a Comment